Cabaran Bakal Bermula

cerita kami 11:43 am
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh bloggers =)


5% cabaran pada bulan ni. 


'Kebahagiaan dalam perpisahan', gitu rasanya. Alhamdulillah, hujung september suami dapat surat kenaikan jawatan dan lumrah bila di naikkan jawatan atau pangkat, pastinya akan kena pindah. 


Puas berdoa, minta Allah letak suami di Kulim saja, rupanya perancangan Allah Maha Hebat dan semestinya Allah lebih tahu mana yang baik untuk kita. Suami kena pindah ke Alor Setar! Sepanjang berumahtangga, Kin tak pernah terfikir pun nak duduk AS tau. 


Alhamdulillah redha, walaupun kurang dari sebulan saja lagi kami akan mengharungi ujian percintaan-jarak-jauh. Sebelum ni pernah ja tengok di mukabuku pasal kawan-kawan yang PJJ ni, tapi masa tu kita tak terasa sangat kesannya sebab kita tak duduk di tempat depa.  


Sekarang, masa untuk Kin dan suami pulak tempuh ujian ni. Terkadang rasa macam nak kaut semua kekuatan tu, tapi siapalah kita kan. Cuma hamba yang lemah lagi hina. Tapi Kin tahu yang Kin dan suami mampu dan atas asbab itu ujian ni Allah bagi ke kami =)


'Jiwa di kuatkan dengan solat dan sabar'.


Sekarang nak fokus kemas rumah untuk pindah balik ke rumah mama. Dua tiga bulan ke depan bila suami dah stabil, dapat cari rumah sewa, Kin akan menyusul. Sekurangnya dapatlah sampai hujung tahun ni Kin kerja, dapat lah juga merasa bonus. Gittew! 


Bukan senang sebenarnya bila kita nak buat sesuatu keputusan. Hati 80% nak ikut suami terus. Tapi fikirkan mama abah, kerja, kereta dan lain-lain.


Masing-masing kena berkorban =)  Doakan kami terus sabar dan tabah! Terima kasih.



Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers